fbpx
Mohamad Norza Zakaria (tiga kiri) bersama Mohd Sumali Reduan (dua kiri) dan Abdul Halim Kader (empat kanan) ketika gimik majlis pembukaan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - SYAKIR RADIN

MOM komited pastikan sepak takraw ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan kesediaan untuk terus memberikan sokongan bagi memastikan sepak takraw dapat dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik pada masa hadapan.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, beliau dan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan berusaha bagi memastikan atlet-atlet muda negara dapat bersaing merebut pingat di temasya sukan paling berprestij itu.

“Saya dengan Datuk Mohd. Sumali Reduan (Presiden PSM) dan rakan-rakan di MOM akan terus berusaha sedaya upaya untuk menentukan satu hari nanti anak-anak muda kita dan negara lain akan berjuang di Olimpik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini yang turut dihadiri Mohd. Sumali.

Kenyataan Mohamad Norza yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi zon Asia itu adalah susulan daripada cadangan yang dibuat Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader.

Pada masa sama, beliau turut memuji peranan Mohd. Sumali yang dianggap sebagai ‘Bapa Transformasi Sepak Takraw’ kerana berjaya mengemudi kebangkitan sukan tersebut sejak memimpin PSM pada 2022.

“Antara pencapaian besar adalah pengisytiharan Stadium Titiwangsa sebagai ‘Home of Sepaktakraw’ pada 23 Februari lalu dan ia merupakan hasil daripada kolaborasi PSM dan kerajaan Malaysia,” ujarnya.

Tambah Mohamad Norza, kejayaan skuad negara memenangi dua pingat emas pada Piala Dunia 2024 selain membenam Thailand di Sukan SEA 2025 membuktikan sepak takraw Malaysia berada pada landasan terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN