fbpx
AHMAD FIRDAUS memantau urusan perkhidmatan kaunter Perkeso Perlis di Kangar, hari ini.

Carum 1.25% pendapatan harian, pekerja gig dapat perlindungan Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Pekerja ekonomi gig di negeri ini hanya perlu mencarum 1.25 peratus daripada pendapatan harian bagi mendapatkan perlindungan sosial di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Perlis, Ahmad Firdaus Hashim berkata, kadar caruman itu dianggarkan sekitar RM157.20 setahun bergantung jumlah hari bekerja.

Katanya, perlindungan tersebut penting terutama kepada pekerja penghantaran makanan, penghantaran barangan dan pengangkutan penumpang yang berdepan risiko kemalangan ketika bertugas.

“Kalau pendapatan seseorang RM100 sehari, caruman hanya RM1.25 untuk hari itu tetapi manfaat perlindungannya sangat besar.

“Kita mahu kebajikan pekerja ini terus terpelihara kerana mereka juga mempunyai keluarga dan tanggungan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesedaran mengenai kepentingan perlindungan sosial dalam kalangan pekerja gig di Perlis semakin meningkat apabila seramai 2,214 individu bekerja sendiri telah berdaftar dan mencarum dengan Perkeso setakat April tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN