fbpx
NOR AZAM (kiri) antara pemain KTRW yang berdepan masalah pembayaran gaji pada saingan musim ini. - FARIZ RUSADIO

MFL perlu ketatkan syarat pelesenan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERMOHONAN lesen oleh pasukan tempatan untuk menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim depan harus diperketatkan bagi mengelak pertandingan domestik terus dipalit isu lapuk membabitkan masalah tunggakan gaji.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd. Karim berkata, pendirian lebih tegas harus dilaksanakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi mengelak impak negatif atau pun implikasi lebih buruk pada masa akan datang.

“Saya pernah menjadi jurulatih, saya tidak mahu pertandingan ini (Liga Super) menyeksa pemain (tidak terima gaji). Kalau MFL tidak tegas, pasukan akan berdepan masalah dari segi gaji seperti beberapa pasukan musim ini dan perkara ini perlu diperhalusi.

“Sekarang ada pemain dan bekas pemain yang menjadi jurulatih menghubungi saya mengadu kena keluar dari rumah, kereta ditarik, malah ada yang terpaksa hantar isteri ke kampung dan pulang ke ibu kota untuk mencari rezeki lain selepas gaji tidak dibayar.

“Jadi saya harap MFL tegas, begitu juga untuk Liga Bola Sepak Amatur (AFL) dalam saingan Liga A1 Semi Pro. Budaya (tidak bayar gaji) ini sudah lama berlarutan, jadi sebagai penganjur, mereka kena fikirkan solusi ,” katanya.

Terbaharu, tonggak Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), Nor Azam Azih memuat naik ciapan di IG Story miliknya, meminta Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan TRW, Datuk Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah agar melangsaikan gaji pemain.

Untuk rekod, First Instance Body (FIB) MFL sebelum ini memaklumkan tujuh kelab telah melengkapkan penyerahan dokumen permohonanan Lesen AFC dan Kebangsaan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Sabah, Terengganu, Penang, Kuching City dan Negeri Sembilan.

Selain daripada itu, pemohon Lesen Kebangsaan ialah Imigresen FC, Kuala Lumpur City FC, Melaka FC, PDRM FC dan KTRW FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN