fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu terjatuh dari balkoni tingkat empat di bandar Rosario, Argentina kelmarin. - X

Lelaki jatuh dari tingkat 4, hempap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Seorang lelaki berusia 31 tahun terselamat walaupun jatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Argentina dan menimpa sebuah kereta polis yang dikerah untuk menangkapnya, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) di bandar pelabuhan Rosario, wilayah Santa Fe kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform X menunjukkan lelaki itu berpaut pada  balkoni sebelum tergelincir lalu terjatuh ke arah kaki lima jalan.

Dia sempat berpusing 180 darjah sebelum mendarat dengan kepala dahulu di atas kereta polis yang diletakkan berhampiran blok bangunan tersebut. 

Mangsa cedera parah termasuk di kepala  dan patah lengan. Dia dirawat di Hospital Kecemasan Clemente Álvarez. 

Media tempatan membuat spekulasi bahawa lelaki terbabit merupakan seorang pencuri, namun dia dikenal pasti sebagai penghuni pangsapuri berkenaan. 

Siasatan sedang dijalankan, dengan polis percaya suspek mungkin berada di bawah pengaruh dadah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN