fbpx
SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar pokok mati tumbang di Lebuhraya Pasir Gudang menghala Johor Bahru berhampiran Megah Ria, awal pagi semalam.-Foto IHSAN BOMBA

Penunggang motosikal dijemput ajal langgar pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebatang pokok mati yang tumbang di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru berhampiran Megah Ria, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.06 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Brad Fischhetti Anak Kijam, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Tinggi II Nazarudin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sebuah jentera FRT bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 4.13 pagi dan mendapati sebatang pokok mati berukuran kira-kira satu meter telah tumbang di atas jalan raya sebelum dilanggar mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja pemotongan dan pengalihan pokok menggunakan sebuah gergaji berantai sehingga keadaan kembali selamat,” katanya dalam satu kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN