fbpx
Kemalangan jalan raya yang dilaporkan berlaku di Persiaran Seri Putra 2, Kajang pagi tadi. Foto media sosial

Pelajar sekolah menengah separuh sedar selepas kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelajar sekolah menengah di daerah Bangi dilaporkan terlibat dalam kemalangan kecil membabitkan motosikal di hadapan Anjung Suasana, Persiaran Seri Putra 2, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook Pekan Bangi, kejadian berlaku berhampiran Pintu 2 kawasan tersebut dan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan separuh sedar selepas kemalangan itu.

Menurut perkongsian berkenaan, pelajar terbabit telah dibawa ke klinik menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala waris mangsa turut dimaklumkan dan hadir ke lokasi kejadian.

Dalam pada itu, pentadbir halaman berkenaan berharap ibu bapa sentiasa menasihati anak-anak supaya mematuhi undang-undang jalan raya selain lebih peka terhadap keadaan jalan dan cuaca ketika menunggang motosikal.

“Admin amat berharap kita ibu bapa sentiasa menasihati anak-anak supaya patuh undang-undang jalan raya dan sedar keadaan jalan serta cuaca,” katanya.

Kosmo! ketika ini sedang mendapatkan pengesahan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN