fbpx
Toi Sieu Ee (dua dari kiri) Colin Wong (tengah) dan Delia Arnold (dua dari kanan) antara pemain ternama yang menyertai Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers baru-baru ini.

Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers disertai 1,282 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers – Edisi Malaysia 2026 berlangsung dengan cukup meriah di Subang Jaya dengan penyertaan 1,282 pemain dari 14 negara serantau pada 8 hingga 10 Mei lepas.

Kejohanan itu mempertandingkan kategori perseorangan lelaki, wanita, beregu lelaki, wanita dan beregu campuran dengan semua keputusan direkodkan menerusi sistem DUPR bagi menyumbang kepada ranking dunia pemain serta mata kelayakan Kejohanan Pickleball Dunia.

Dalam kategori perseorangan lelaki terbuka 19+, Phoenix He tampil cemerlang untuk muncul juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,700 dengan Dylan Ooi dan Muhammad Aiman Hamdan melengkapkan kedudukan podium.

Jas Almaguer pula muncul juara kategori perseorangan wanita terbuka 19+ selepas mempamerkan aksi konsisten manakala Angie Bong dan Virvienica Bejosano masing-masing muncul naib juara dan tempat ketiga.

Dalam kategori beregu pula, pasangan Marco Leung-Vanshik Kapadia menjuarai beregu lelaki terbuka 19+ untuk membawa pulang wang tunai RM3,500 berserta dua pasang kasut Viper Court Pro.

Kategori beregu campuran terbuka 19+ pula dimenangi Man Kwan Wun-Syed Uzair Sufi dengan hadiah sama, manakala juara kategori 35+ bagi beregu lelaki dan beregu campuran masing-masing menerima RM3,000.

Kategori remaja bawah 18 tahun yang diperkenalkan buat kali pertama turut mencuri perhatian apabila Dzarif Dzakwan B Azizul Azhar meraih dua gelaran menerusi acara perseorangan lelaki dan beregu terbuka bawah 18 tahun bersama adiknya, Dzikri Dzakwan B Azizul Azhar.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Skechers Malaysia, Stephanie Chang berkata, pengenalan kategori remaja menjadi antara perkara yang paling dinantikan tahun ini.

“Pickleball di Malaysia bukan lagi sukan untuk satu generasi sahaja. Ia kini menghimpunkan pemain daripada pelbagai peringkat umur dan kami mahu kejohanan ini mencerminkan perkembangan itu.

“Kami berharap semua pemain yang hadir pulang dengan inspirasi tersendiri tanpa mengira tahap perjalanan mereka dalam sukan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN