fbpx
Mohamad Shukri (kiri) menunjukkan peta lokasi pencarian mangsa bot karam di Jeti PPM Kg. Acheh dekat Lumut hari ini.

Bot karam: Mayat 4 PATI dijumpai terapung dekat Pulau Talang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Empat mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang juga mangsa bot karam di perairan Pulau Pangkor di sini dijumpai pasukan penyelamat kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, mayat tiga wanita dan seorang lelaki itu ditemukan dua bot Pasukan Polis Marin (PPM) pada kedudukan 13 batu nautika dari Pulau Talang berhampiran Segari.

“Mayat-mayat itu dijumpai dalam keadaan terapung. Dengan penemuan itu, jadi tinggal 10 lagi PATI yang terlibat dalam kejadian bot karam masih belum dijumpai.

“Kita percaya mangsa (yang belum ditemui) hanyut mengikut arus. Kita menjangkakan ia akan bergerak ke arah utara 10 batu nautika dari lokasi kejadian semalam,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti PPM Kampung Acheh di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan sebuah bot membawa 37 PATI dari Indonesia tenggelam di perairan Pulau Pangkor awal pagi semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan berjaya menyelamatkan 23 mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan tujuh wanita Indonesia sebelum mereka diiringi bot PPM ke Jeti PPM Kampung Acheh untuk dokumentasi dan siasatan lanjut.

Mohamad Shukri berkata, mereka bercadang menambah aset bagi tujuan SAR namun ia tertakluk kepada ketersediaan aset-aset tersebut oleh pasukan keselamatan terlibat seperti Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Radius pencarian diperluaskan kepada 151 batu nautika dari lokasi kejadian dan operasi akan diteruskan kerana ada tanda-tanda penemuan mangsa yang berbaki 10 (orang) lagi. Operasi SAR akan diteruskan sehingga esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN