fbpx
Tengku Ahmad Badli Shah (dua dari kiri) mencuba QR di salah sebuah gerai sambil diperhatikan oleh Pengerusi Agrobank, Datuk Yunos Abd Ghani ketika melawat pasar terapung di Pulau Sri Tanjung,Tumpat, Kelantan.

Mandat Bank Negara Malaysia, Agrobank agresif laksanakan transformasi perbankan digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELALUI mandat yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Agrobank terus membuat perancangan rapi dan aktif dalam inisiatifnya untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi perbankan digital kepada masyarakat luar bandar termasuk golongan petani, pesawah, penternak untuk memperkasa golongan petani. 

Ia bukan kerja yang boleh dilihat hasilnya dalam tempoh singkat tetapi Agrobank me laksanakannya secara berterusan tanpa jemu dan lelah, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran ekoran penerimaan serta pengetahuan masyarakat luar bandar tentang perbankan digital agak rendah. 

Kini, Agrobank dilihat menjadi antara bank tempatan yang lebih ke hadapan, aktif, komited untuk memastikan misi tersebut dicapai sekali gus memacu pembangunan ekonomi luar bandar dan memastikan tiada komuniti tercicir dalam arus kemajuan negara, terutamanya dalam aspek pendigitalan.

Inisiatif bank dalam bidang tersebut terus mencatat pencapaian yang menggalakkan sehingga merekodkan pertumbuhan sehingga 200 peratus  setiap tahun,  membolehkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin mahu terus menyusun strategi untuk mengu kuhkan lagi segmen tersebut. 

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin,

“Usaha Agrobank bukan semata-mata untuk mencari keuntungan kerana ini adalah tanggungjawab bank ke arah memodenkan perniagaan tradisional kepada perbankan digital, seiring dengan perkembangan ekonomi semasa,” katanya kepada Kosmo! dalam satu temu bual baru-baru ini.

KOSMO!: Boleh jelaskan tentang program transformasi wilayah di Pulau Sri Tanjung, Tumpat, Kelantan dan kebaikannya kepada usahawan yang terlibat?

TENGKU AHMAD BADLI SHAH: Program ini dapat membantu melaksanakan  transformasi dalam kalangan  komuniti penjaja tempatan yang mana kami memfokuskan penggunaan kod DuitNow QR sebagai kaedah utama pembayaran tanpa tunai.

Kaedah pembayaran digital ini juga  berpotensi menarik lebih ramai pelancong dan mengukuhkan daya tarikan kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan serantau menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kita berharap dengan usaha ini, Pulau Sri Tanjung akan menjadi lebih popular dan menarik lebi ramai pengunjung bukan sahaja dari negeri Kelantan tapi dari seluruh negara termasuk negara jiran.

Destinasi eko-pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung, dengan kehadiran 2,000 hingga 3,000 pelancong sehari. Ekosistem ekonomi di Pulau Sri Tanjung didominasi oleh aktiviti perniagaan yang berfokuskan kepada penjualan produk makanan yang dijalankan di atas bot-bot terapung.

Berapa ramai nelayan yang terlibat dalam projek ini?

Inisiatif kearah pembayaran tanpa tunai utama memastikan penyertaan inklusif komuniti luar bandar dalam ekonomi digital. Ia juga dapat menyokong pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan pembayaran digital kepada penjaja tempatan, sekali gus menghubungkan komuniti pulau terpencil dengan perkhidmatan kewangan arus perdana.

Kami menyasarkan program ini dapat membantu kira-kira 60 penjaja di Pulau Sri Tanjung untuk membuka akaun perbankan Agrobank.

Selain itu, ia juga dapat memberi manfaat kepada 450 orang nelayan di persisiran pantai yang dapat menikmati kemudahan transaksi perbankan digital.

Perkembangan ini juga akan turut dimanfaatkan oleh lebih 1,000 penduduk Teluk Renjuna yang meliputi 12 buah pulau di daerah Tumpat, Kelantan.

Sehubungan itu, kami akan memastikan perkembangan Pulau Sri Tanjung, Agrobank akan melaksanakan beberapa inisiatif berterusan termasuk mengenal pasti dan melantik ejen perbankan tempatan bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan untuk penduduk setempat.

Apakah program susulan lain yang bakal dianjurkan oleh pihak bank di kawasan ini?

Kami juga akan menyediakan khidmat nasihat kewangan yang menyeluruh kepada para nelayan, khususnya berkaitan kemudahan pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Turut dicadangkan adalah  sesi khas bersama sekolah-sekolah di sekitar pulau bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan perbankan kami.

Boleh jelaskan tentang perkembangan terbaharu Agrobank untuk meningkat kesedaran pengetahuan masyarakat luar bandar tentang perbankan digital? 

Kami telah diberi mandat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan aksesibiliti masyarakat di luar bandar khususnya golongan petani, pesawah, penternak dan yang berkaitan dengan industri berkenaan tentang manfaat perbankan digital yang dapat memudahkan urusan mereka.

Banyak cawangan kami di kawasan luar bandar dan ini adalah usaha kami untuk menggerakkan usaha bagi mencapai misi berkenaan.

Mereka sukar untuk datang ke cawangan, jadi kami pergi ke kawasan mereka, kami buka kaunter dan membantu mereka membuka akaun bank dan seterusnya meningkatkan pengetahuan mereka tentang perbankan digital kerana mereka boleh membeli barangan secara online di platform popular seperti Shopee. 

Agrobank dilihat lebih ke hadapan dan aktif menjalankan pelbagai aktiviti serta kempen kesedaran tentang perbankan digital, apa pendapat Datuk? 

Kami telah mulakan inisiatif ini sejak dua tahun lalu kerana melalui mandat yang diberi oleh bank pusat kami perlu memenuhi kehendak masyarakat di luar bandar, mereka lebih berminat berkunjung ke cawangan bank untuk melakukan pelbagai transaksi perbankan.

Jika kami mahu membuka lebih banyak cawangan ke luar bandar,  ini akan meningkatkan kos bank, jadi pilihan kami adalah me ningkatkan kesedaran masyarakat tentang perkhidmatan perbankan digital. Jadi mereka boleh melaksanakan pelbagai transaksi di mana sahaja mereka dan pada bila-bila masa. 

Kad debit yang akan memudahkan pelanggan menggunakan kemudahan transaksi tanpa tunai.

Bagaimana pencapaian Agrobank dalam segmen ini? 

Pertumbuhannya sangat menggalakan dan ia meningkat sebanyak 200 peratus setiap tahun dan kami sasarkan ia te rus mencatat pencapaian yang baik masa depan.

Kami juga mengunjurkan dalam tempoh tiga tahun akan datang, penguasaan segmen perbankan secara digital bertambah kepada 60 peratus dan bakinya adalah segmen pelanggan yang melaksanakan transaksi di kaunter bank secara tradisional.

Mereka yang berkunjung ke kaunter bank selalunya mahu memasukkan duit di dalam akaun bank dan juga membayar bil serta transaksi yang lain. Bagaimanapun mereka sering juga berhadapan dengan masalah menunggu giliran dalam satu-satu masa yang mana ia boleh dijimat melalui penggunaan transaksi digital.

Jadi antara usaha terbaharu kami adalah  menjadikan Pulau Sri Tanjung di Tumpat, Kelantan  sebagai projek pembangunan komuniti berteraskan ekonomi digital. Pulau ini kebanyakannya didiami oleh nelayan dan pengusaha hasil laut telah ditransformasikan menjadi  kawasan ekonomi yang menggunakan perbankan digital sebagai medium transaksi jualan dan pembelian. Tanpa wang tunai berpindah tangan, usahawan kecil di sini menggunakan kod DuitNow QR. 

Berapakah peruntukan bank dalam segmen perbankan digital? 

Sebanyak  RM18 juta dalam tempoh tiga tahun.

Apakah cabaran yang dihadapi bank?

Ramai pelanggan kami yang berumur 45 tahun ke atas dan ada juga yang sudah berusia le bih 60 tahun. Pengetahuan mereka tentang perbankan digital adalah rendah, mereka juga kurang berminat untuk menggunakan kemudahan tersebut. Jadi kami perlu meningkatkan kesedaran kepada kumpulan sasaran secara berterusan dengan cara penganjuran kempen dan memberi penerangan dalam program yang disertai kumpulan tersebut. 

Apakah antara kelebihan atau manfaat yang dimiliki oleh usahawan kecil yang menggunakan sekadar kemudahan DuitNow Qr untuk pengembangan perniagaan jangka panjang mereka? 

Mereka boleh membuat permohonan pinjaman dengan Agrobank kerana me lalui transaksi per bankan tersebut, pihak bank boleh melihat dan menilai untung dan rugi, hasil pendapatan serta perbelanjaan mereka.

Bank boleh menilai keupayaan mereka untuk membayar pinjaman untuk masa depan. Jadi mereka tidak perlu menghantar segala dokumen penting berkaitan perniagaan mereka kepada bank untuk membuat pinjaman.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail melihat Tengku Ahmad Badli Shah mencuba penggunaan QR Agrobank di salah satu gerai penjaja di Kampung Warna-Warni, Arau, Perlis.

Selain di pulau ini, di mana lagi destinasi Agrobank untuk menggalakkan perbankan digital dan urusniaga tanpa tunai bagi meluaskan lagi kempen agenda pendigitalan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Kami telah melaksanakan Program Cashless Agrobank di Kampung Warna Warni, di Arau,Perlis yang mana usaha bank untuk memudahkan urusniaga komuniti dan peniaga menggunakan  DuitNow QR Agrobank serta menggalakkan peniaga kecil dan komuniti setempat beralih kepada pembayaran digital.

Program ini  seiring dengan agenda nasional serta usaha Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperluaskan penggunaan pembayaran digital yang selamat dan efisien.

Sehingga kini, hampir  90 peratus  peniaga di Kampung Warna Warni telah beralih kepada penggunaan QR Agrobank.

Boleh jelaskan lebih lanjut tentang program tersebut? 

Selain melancarkan kempen ini, kami juga  telah merasmikan Lorong Agrobank yang merupakan inisiatif membaikpulihkan kawasan sekitar Kampung Warna Warni yang mana inisiatif ini merangkumi penghasilan dua mural, penaiktarafan beberapa buah rumah serta tembok dan pagar sekitarnya, pemasangan parasol penjaja serta pembaikan taman permainan kanak-kanak.

Usaha ini diharap dapat memacu kegiatan ekonomi setempat dan meningkatkan daya tarikan Kampung Warna Warni sebagai destinasi agro-pelancongan.

Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-warni Seberang Ramai Kuala Perlis ini juga adalah  inisiatif Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan korporat bagi melaksanakan penambahbaikan menyeluruh bagi kampung berkenaan. 

Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (tiga dari kiri) bersama Tengku Ahmad Badli
Shah (dua dari kiri) melancarkanTransformasi Perkhidmatan Pembukaan Akaun Agrobank Secara Digital di Kota Kinabalu, Sabah.

Apa lagi inisiatif bank untuk memperkukuhkan kedudukan Agrobank sebagai peneraju dalam perbankan digital bagi memenuhi keperluan pelanggan, terutamanya dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan?.

Kami juga telah melancarkan perkhidmatan pembukaan akaun atas talian, sebuah sistem perbankan inovatif yang mempertingkatkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan proses pembukaan akaun yang lebih lancar, pantas dan mudah berbanding kaedah tradisional.

Kami sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kecekapan proses yang lebih mesra pelanggan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai jadual seharian yang padat atau tinggal di kawasan yang jauh daripada kemudahan perbankan fizikal.

Menyedari cabaran ini, kami menyediakan penyelesaian inovatif melalui pembukaan akaun dalam talian yang membolehkan pelanggan membuka akaun deposit serendah RM20 pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Dengan memanfaatkan liputan internet yang meluas, para pelanggan tidak perlu lagi membuka akaun bank di cawangan Agrobank secara fizikal.

Pendekatan digital ini turut membantu mengurangkan kos operasi bank sehingga 30 peratus melalui pemansuhan proses manual, penggunaan kertas dan memperluaskan perkhidmatan secara digital selain di cawangan secara fizikal.

Kami yakin dengan kemudahan akses perbankan online ini, ia dapat  menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman, dalam mendapatkan perkhidmatan Agrobank dengan lebih mudah dan efisien.

Ini selaras dengan matlamat kami untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam agenda kewangan inklusif negara.

Perkhidmatan perbankan digital ini membolehkan proses pembukaan akaun diselesaikan dalam tempoh sekitar 10 minit sahaja. Ia sekali gus menjimatkan masa pelanggan antara 60 peratus hingga 75 peratus berbanding kaedah tradisional di kaunter yang lazimnya mengambil masa antara 30 hingga 45 minit.

Bagaimana pula dengan penduduk yang menetap di kawasan yang mempunyai liputan internet?

 Agrobank turut memperkenalkan inisiatif pembukaan akaun menggunakan iPad yang dikenali sebagai AgroTouch yang disokong oleh teknologi satelit Starlink yang membolehkan penyambungan internet walaupun di lokasi terpencil.

Pendekatan ini bukan sahaja lebih inklusif, malah menawarkan pengalaman yang lebih bersifat peribadi dan mesra pelanggan  yang mana kakitangan Agrobank sendiri akan turun padang bersama AgroTouch dan peralatan Starlink untuk membantu proses pembukaan akaun di lokasi pelanggan.

Namun begitu, penduduk juga masih mempunyai pilihan untuk mengunjungi mana-mana cawangan Agrobank untuk membuka akaun menggunakan kemudahan AgroTouch. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN