fbpx
ANTARA PATI yang diberkas JIM Negeri Johor dalam operasi di premis perniagaan di sekitar Johor Bahru, semalam. Foto IMIGRESEN

10 premis lubuk rezeki PATI diserbu di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebanyak 10 premis perniagaan di sekitar bandar raya ini dikesan menjadi ‘lubuk rezeki’ pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Johor semalam.

Operasi bermula pada pukul 11 pagi itu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pegawai penguat kuasa JIM Johor hasil risikan dan aduan awam mengenai kehadiran warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas lawatan serta tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Antara premis yang diperiksa adalah kedai makan, pusat mencuci kenderaan, kedai gunting rambut dan rumah kedai yang dijadikan tempat tinggal pekerja asing di beberapa lokasi di Johor Bahru.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap majikan, pekerja dan individu yang berada di premis tersebut bagi memastikan mereka mematuhi Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, pemeriksaan mendapati seramai 33 warga asing berusia 20 hingga 51 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk bekerja tanpa permit yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

“Mereka terdiri daripada 15 lelaki Myanmar, lima wanita Myanmar, empat lelaki Indonesia, empat lelaki India, dua lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia dan seorang lelaki Nepal.

“Mereka dipercayai bekerja dan tinggal di premis yang diserbu selain menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat berehat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rusdi berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut. JIM turut mengeluarkan lapan Borang 29 kepada saksi bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN