fbpx
Tangkap layar video Mufti Menk berkongsi pertanyaan mengenai teh tarik ikat tepi atau ikat mati dalam satu program di PICC, Putrajaya semalam.

[VIDEO] What is ikat tepi, ikat mati? – Mufti Menk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian pendakwah terkenal, Ismail Menk atau Mufti Menk berhubung pertanyaan diterima berkaitan teh tarik ikat tepi atau ikat mati serta diceritakannya secara berjenaka, mengundang gelak ketawa orang ramai.

Mufti Menk berkongsi kisah pertanyaan teh tarik tersebut daripada rakyat Malaysia dan beliau menceritakannya sewaktu menghadiri satu program di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

“Di syurga, adakah akan ada teh tarik? Saya kata, ‘ini soalan hanya daripada Melayu’. Mereka cakap, ‘tidak, tidak, tidak. Ini adalah masalah’. Apa masalahnya?
“Mereka kata, ‘sebab anda lihat, teh tarik itu sama ada ikat tepi, ikat mati’. Saya tanya, ‘apa itu ikat tepi, ikat mati?’. Mereka kata, ‘anda tahu, satu ada lubang besar dan satu lagi lubang kecil’.

“Saya kata, ‘apa benda terjadi ni? Betul ke ada beberapa cara pembungkusan?’,” katanya pada sesi program ceramah tersebut sekali gus mengundang gelak ketawa peserta.

Video itu dimuat naik oleh pengguna TikTok Nur sekali gus ia mendapat pelbagai maklum balas, malah ada yang berseloroh rakyat Malaysia kadangkala tidak pernah ‘serius’.

“Oh tuhan, saya suka betul soalan tu sebab kita minat teh ais,” komen Tekiteka.

“Wow, Mufti Menk tahu ikat tepi eh,” kata IamLiyana17.

“Mufti Menk pun boleh jadi blank kalau orang Melayu yang tanya soalan,” kata Prince Karma. – KOSMO! ONLINE

@yowwitsnur___ Tipikal Malaysian risau teh tarik ada kat syurga ke tak? 😂 #muftimenk #faithevents #islamicevents #adnaanmenk #ibraheemmenk ♬ original sound – نور

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN