fbpx
Rosol.

Rosol enggan rayu penggantungan Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid tidak akan membuat rayuan berhubungan penggantungan keahlian selama dua penggal di dalam Parti Bersatu Peribumi Malaysia (Bersatu) yang telah berkuat kuasa 29 April lalu.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tersebut menganggap keputusan Lembaga Disiplin Bersatu tersebut sebagai tidak berkredibiliti.

“Lembaga Disiplin (Bersatu) dilihat semakin hilang kredibiliti kerana entiti yang sama menyiasat, membuat tuduhan, mendakwa dan menjatuhkan hukuman. Ia memerlukan penambahbaikan daripada segi ketelusan serta pemisahan fungsi siasatan, pendakwaan dan keputusan agar lebih selari dengan prinsip keadilan parti,” dakwanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rosol mendakwa, beberapa tindakan kepimpinan tertinggi Bersatu sejak kebelakangan ini bukan sahaja tidak konsisten malah kurang selari dengan asas perjuangan parti.

Beliau mendakwa semangat ‘amar makruf dan nahi mungkar’ iaitu mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran yang menjadi asas perjuangan Bersatu kini dilihat semakin terhakis.

Terdahulu Rosol antara lima ahli parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu terbaharu yang diumum digantung keahlian kerana didakwa melanggar perlembagaan parti serta kod etika dan tatakelakuan ahli pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN