PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan sebanyak 6,643 tangkapan melibatkan pelbagai kes rasuah dan salah guna kuasa bagi tempoh 2020 hingga tahun ini.
Berdasarkan statistik SPRM, sebanyak 5,997 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh itu hasil daripada 40,648 maklumat yang diterima agensi berkenaan.
Tahun 2024 merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 1,334 kes berbanding 1,145 kes pada tahun lalu dan 1,137 kes pada 2023.
Bagi pertuduhan di mahkamah, sebanyak 2,843 kes direkodkan sejak 2020 dengan 1,459 sabitan berjaya diperoleh.
Statistik itu menunjukkan tahun 2021 merekodkan jumlah sabitan tertinggi iaitu sebanyak 300 kes, diikuti 256 kes pada 2024 dan 255 kes pada 2022.
Sementara itu, bagi tahun ini, SPRM menerima 1,587 maklumat yang membawa kepada pembukaan 328 kertas siasatan serta 269 tangkapan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 73 pertuduhan dan 39 sabitan telah direkodkan. – KOSMO! ONLINE














