fbpx
Tangkap layar beberapa ambulans digerakkan ke lokasi kejadian.

[VIDEO] Melintas di laluan salah, lelaki New Zealand patah kaki dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki warga New Zealand melintas di lokasi bukan laluan pejalan kaki mengundang padah apabila terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Chow Kit menghala ke arah pusat beli-belah Sogo di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.37 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan patah kaki kanan, luka di belakang kepala serta bengkak di tangan kanan. Mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, nahas melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang lelaki tempatan berusia 26 tahun.

Katanya, penunggang motosikal hanya mengalami luka di tangan dan kaki.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pejalan kaki melintas secara tiba-tiba di lokasi yang bukan laluan pejalan kaki sehingga menyebabkan pelanggaran.

“Pihak polis menjalankan siasatan termasuk semakan terhadap rakaman televisten litar tertutup, melawat lokasi kejadian serta mendapatkan keterangan pihak terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua individu terbabit berjaya dikesan dan penunggang motosikal yang cedera ringan turut dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN