fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan kejadian terbabit.

[VIDEO] Ada sesiapa nampak orang terjatuh di Jalan Ampang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Menggigil kaki masa bawa (pandu) kereta, betul-betul nampak depan mata.”

Demikian perkongsian seorang pengguna aplikasi Threads apabila melihat seorang individu terjatuh dari bangunan di Jalan Ampang di ibu negara tengah hari semalam.

Mengikut perkongsian itu, individu yang dikenali sebagai Rajashazreenshahril berkata, kejadian berlaku ketika azan zuhur dan turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaannya.

“Ade sesiapa nampak tak orang jatuh kat menara HSC Jalan Ampang pukul 1 lebih (tengah hari) tadi (semalam).

“Betul-betul masa tengah azan zuhur. Tak pasti terjatuh atau apa serius menggigil kaki bawa kereta, betul-betul nampak depan mata,” tulisnya sedih.

Satu kenyataan media akan dikeluarkan mengenai kejadian itu dengan mangsa dipercayai warga asing.

Sementara itu, berdasarkan komen pada hantaran tersebut, seorang pengguna mendakwa, kejadian berlaku di sebuah hotel berdekatan menara berkenaan.

“Jatuh dari tingkat 21 kawasan kolam renang, tapi bukan jatuh sebab berenang. Warga China usia sekitar 30-an, jatuh kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

“Kawasan sekitar mayat ada satu gambar. Kes masih disiasat polis,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN