fbpx

Untungnya Neelofa, pandai pilih suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA Neelofa sekali lagi meniti di bibir apabila ramai menyedari perubahan positif dalam kehidupannya sejak bergelar isteri.

Aura ketenangan jelas terpancar, seolah-olah perjalanan hidupnya kini lebih tersusun dan berarah apatah lagi dengan kehadiran suami sebagai pembimbing yang menjadi faktor utama perubahan tersebut.

“Saya bukan peminat, tetapi tidak boleh nafikan kebijaksanaan dia memilih pasangan. Neelofa tahu apa dia mahukan dalam hidup dan bergerak ke arah lebih islamik,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, ramai memuji keputusannya memperlahankan rentak dunia seni dan memilih keluarga sebagai keutamaan.

Istiqamah itu bukan mudah, namun jelas terlihat pada setiap perubahannya.

Benar kata orang, hidup memang tidak boleh dinilai sewenang-wenangnya. Hari ini mungkin kita mencela, esok lusa belum tentu kita lebih baik.

Lihat Neelofa, Diva terfikir nak berniqab, mana tahu dapat jodoh baik dan mampu bimbing ke syurga macam PU Haris.

DIVA: Seram tengok wajah segelintir artis yang semakin kembang dek ‘filler’ dan ‘botox’, habis hilang seri asli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN