fbpx
VILLA masih segar dengan kejayaan mara ke final Liga Europa sekali gus mahu meneruskan rentak cemerlang berdepan Burnley. - AFP

EPL: Villa terus harapkan tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Aston Villa berdepan tugasan utama meneruskan prestasi hebat pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Burnley di Turf Moor, malam ini.

Selepas cemerlang mengesahkan tempat ke final Liga Europa, Pengurus Aston Villa, Unai Emery menjelaskan pasukannya cukup berpengalaman untuk menghadapi cabaran getir bagi memenuhi tuntutan jadual di hujung musim.

“Kami mempunyai pengalaman bermain secara berturut-turut dalam tempoh beberapa hari. Pertama sekali (jadual padat) bukan alasan, jika ada pemain yang keletihan atau berisiko cedera, kami akan cuba elakkan beri tugasan lebih dan harus segera jalani proses pemulihan.

“Idea saya mudah, cuba dapatkan skuad terbaik untuk hadapi Burnley. Kami kena bersedia untuk bermain perlawanan di pentas Eropah dan domestik serta pastikan prestasi kami mengikut apa yang kami mahukan,” katanya.

Bagaimanapun, Emery yang dilabel sebagai pakar Liga Europa menegaskan kejayaan layak ke final memberikan aura berbeza buat pemainnya khususnya untuk mengharungi setiap tekanan yang bakal dihadapi selepas ini.

“Perkara paling penting adalah kekalkan fokus. Adalah penting untuk kami dapatkan slot ke Liga Juara-Juara kerana ia adalah tahap paling maksimum selepas Liga Perdana Inggeris.

“Liga Perdana Inggeris juga penting dan selepas itu adalah bagus untuk kami bermain di pertandingan Liga Juara-Juara kerana ia adalah pentas penuh prestij,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN