fbpx
ARSENAL berpeluang untuk mengukuhkan cengkaman di persada EPL apabila turun menentang West Ham yang masih bergelut. - AFP

EPL: Arsenal mahu lupakan keraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa barisan pemainnya melupakan seketika kejayaan melangkah ke final Liga Juara-Juara (UCL) dan kembali memberikan tumpuan kepada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners berpeluang untuk terus mengukuhkan cengkaman selaku peneraju liga seandainya mencatat kemenangan ke atas West Ham United pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium London malam ini.

Pertemuan itu boleh dianggap sukar memandangkan West Ham berada dalam keadaan terdesak untuk mencatat kemenangan bagi membolehkan mereka keluar dari zon penyingkiran dan kekal bersaing di Liga Perdana.

“Saya harap pemain-pemain mengekalkan momentum serta mempamerkan aksi sama seperti ditunjukkan sepanjang saingan musim ini. Kami sudah semakin hampir (gelaran liga) dan kami tidak boleh sia-siakan.

“Berdasarkan situasi kedua-dua pasukan ketika ini, ia akan menjadi satu perlawanan yang sangat besar. Kami tahu betapa pentingnya perlawanan itu, jadi kami mahu pulang dengan tiga mata,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mengesahkan pemain pertahanan, Jurrien Timber tidak akan diturunkan kerana masih belum pulih daripada kecederaan selain dipersiapkan untuk aksi final UCL hujung bulan ini.

“Dia (Timber) masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dialami. Saya harap semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah kerana kami memerlukan semua orang ketika final nanti,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN