fbpx
Gambar hiasan

[VIDEO] Hati-hati Sungai Klang, Ampang lepasi paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penduduk di ibu negara dinasihatkan agar berwaspada apabila paras Sungai Klang direkodkan melepasi paras bahaya ekoran hujan lebat sejak pagi tadi.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 2.30 petang, keadaan air di beberapa sungai menunjukkan trend meningkat.

Berdasarkan data aras sungai, paras air bagi Stesen Sungai Klang di Lembah Keramat merekodkan bacaan 49.95 meter berbanding 44.75 meter (normal).

Sementara itu, di Selangor, Stesen Sungai Binjai di Pekan Meru sudah melepasi paras amaran dengan bacaan 4.06 meter, manakala Sungai Ampang di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang melepasi paras waspada (63.42 meter).

Terdahulu, Jabatan Meterorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan 10 negeri termasuk Sabah dan Sarawak, hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN