fbpx
Anggota bomba membawa naik mangsa yang terjatuh dalam longkang di Batu Caves, malam tadi. Foto JPBM

Lelaki cedera terjatuh longkang sedalam 8 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki tempatan cedera ringan selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira tujuh hingga lapan meter di sebuah restoran di Jalan PG1A, Taman Pinggiran Batu Caves di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.43 malam.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira 12 minit kemudian.

“Mangsa berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan ringan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN