fbpx
Keadaan sebuah kereta Honda City yang merempuh dobi layan diri di Pasar Besar Wakaf Bharu, Tumpat semalam. FOTO IHSAN POLIS

Tertekan pedal minyak ketika pusingan-U, Honda City rempuh dobi layan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Sebuah dobi layan diri di Pasar Besar Wakaf Bharu di sini semalam mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan apabila pemandunya tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan-U.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, pemandu kereta jenis Honda City yang berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai memandu dari arah Jalan Puteri Saadong sebelum merempuh premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati, wanita terbabit dipercayai tertekan pedal minyak semasa melakukan pusingan-U.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kereta tersebut merempuh pintu kaca bahagian depan premis dobi berkenaan sehingga pecah.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN