fbpx
LOKASI seorang murid Tahun Lima dipercayai terjatuh dari koridor bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasutnya yang dicampak ke atas bumbung laluan pejalan kaki, semalam. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Murid 11 tahun jatuh koridor sekolah cuba ambil kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang murid tahun lima sebuah sekolah di Batu Berendam di sini dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terjatuh dari koridor bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasutnya yang dicampak ke atas bumbung laluan pejalan kaki, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku waktu tengah hari apabila mangsa berusia 11 tahun dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari koridor bangunan terbabit ketika semua murid sedang bersiap untuk pulang dari sekolah.

Menurut kakak kepada salah seorang murid sekolah berkenaan, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh adiknya yang turut belajar di sekolah sama sebaik selesai sesi persekolahan.

Katanya, adiknya memberitahu terdapat dua murid dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan termasuk seorang murid yang didakwa mencampakkan kasut mangsa ke atas bumbung laluan di bawah koridor sekolah.

“Kejadian berlaku lebih kurang waktu tengah hari ketika semua murid sedang bersiap untuk pulang.

“Murid yang jatuh itu dipercayai cuba mengambil semula kasutnya yang dicampak ke atas bumbung sebelum tergelincir dan terjatuh,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, keadaan cuaca hujan ketika kejadian dipercayai menyebabkan lantai dan bumbung laluan berada dalam keadaan basah serta licin.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN