fbpx
NADIA Brian kini lebih berhati-hati memilih dan memberi sepenuh kepercayaan kepada mana-mana individu dalam lingkaran persahabatannya.

‘Kalau rasa seseorang itu toksik, kita berhak cut off’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pernah melalui episod dikhianati rakan sendiri, pelakon Nadia Brian kini memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkawan, selain mengehadkan lingkaran persahabatan demi menjaga emosi.

Ujar Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, pengalaman lampau mematangkan dirinya tentang nilai keikhlasan dalam berkawan.

“Makin meningkat usia, kita boleh berkawan dengan ramai orang tetapi untuk cari kawan yang benar-benar kita percaya, tidak ramai.

“Saya jenis kalau berkawan memang beri sepenuh hati. Niat memang ikhlas, mahu berkawan dengan baik dan jujur. 

“Tapi kadang-kadang kita tak tahu, orang kita anggap kawan itu sebenarnya tidak suka kita. Ada yang berpura-pura, ada niat tersembunyi. Lama-kelamaan Allah akan tunjuk juga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. 

Tambah pelakon filem Duyung itu, setiap insan pasti melalui fasa diuji dalam persahabatan, termasuk perasaan dikhianati atau tidak dihargai.

Pun begitu, pengalaman tersebut bukan alasan untuk menutup pintu persahabatan, sebaliknya menjadi panduan agar tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

“Bukan nak suruh kita berhenti berkawan. Dalam hidup memang perlu kawan, cuma jangan serahkan segalanya kepada mereka.

“Bila berlaku perkara tidak baik seperti dikhianati, kita akan rasa sangat sedih. Sebab itu saya pilih untuk kekalkan ‘circle’ kecil sahaja.

“Kawan baik saya sejak umur 13 tahun masih kekal hingga hari ini. Itu sudah cukup bagi saya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Nadia menegaskan setiap individu berhak menentukan siapa layak berada dalam hidup mereka, termasuk berani menjauhkan diri daripada hubungan toksik.

“Persahabatan bukan tentang tempoh kenal. Kenal lama belum tentu baik, kenal baru pun belum tentu buruk.

“Kalau rasa seseorang itu toksik atau buat kita rasa ‘down’, kita berhak ‘cut off’. Kita tentukan siapa kawan kita.

“Jangan paksa diri berkawan. Ikhlaskan hati, insya-Allah Allah akan tunjuk mana yang baik,” luahnya. 

Sebelum ini, Nadia menimbulkan teka teki apabila memuat naik luahan dalam Threads mengenai realiti persahabatan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut berkongsi pengalaman serupa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN