fbpx
ANTARA kenderaan terkandas dalam kejadian banjir sekitar ibu negara petang tadi.

5 kenderaan terperangkap banjir kilat di Taman OUG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hujan lebat petang ini mengakibatkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan beberapa kawasan terjejas hari ini.

Menurutnya, kejadian di Jalan Awan Kecil, Taman OUG merupakan antara yang paling teruk apabila melibatkan lima buah kereta terperangkap akibat banjir kilat.
“Panggilan diterima pada pukul 4.23 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling tiba di lokasi pada pukul 4.31 petang,” katanya hari ini.

Sementara itu, di Jalan Kuchai Lama menghala Jalan Klang Lama, dua buah kereta dilaporkan terperangkap selepas laluan dinaiki air.

Tambahnya, sebuah kereta turut dilaporkan terperangkap dalam takungan air di terowong Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban menghala Sri Petaling.

“Hasil pemantauan mendapati hanya berlaku takungan air dan keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang kemalangan jiwa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN