fbpx
Para peserta program ‘Meniti Usia Emas, Sihat dan Sejahtera!’ bergambar bersama di hadapan Kilang Yakult di Seremban baru-baru ini.

Yakult tingkat kesedaran warga emas tentang penjagaan usus, gaya hidup sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Lebih 100 komuniti warga emas sekitar Negeri Sembilan telah menyertai program ‘Meniti Usia Emas, Sihat dan Sejahtera!’ anjuran Yakult (M) Sdn. Bhd. bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan probiotik untuk penjagaan usus dan gaya hidup sihat.

Pengarah Bersekutu Jabatan Perhubungan Awam dan Sains, Yakult Malaysia, Mazlyn Mena berkata, program dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) dan MyAgeing itu disertai warga emas berusia 50 ke atas dari komuniti setempat.

Menurut beliau, ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yakult yang mana peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti kesihatan secara interaktif seperti senaman ringan, ceramah pemakanan serta saringan kesihatan percuma.

Warga emas diberi penerangan tentang produk dan program yang dijalankan oleh Yakult.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yakult dalam mempromosikan penjagaan kesihatan berasaskan pencegahan serta memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan usus.

“Lebih menarik peserta berpeluang melakukan senaman Ba Duan Jin (Qiqong) dan senaman kerusi yang membantu meningkatkan keseimbangan serta mengurangkan risiko jatuh,” katanya ketika ditemui di Kilang Yakult di sini baru-baru ini.

Menurut Mazlyn, program tersebut memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta seperti pengetahuan tentang pemakanan seimbang berpandukan konsep pinggan sihat Malaysia (suku-suku separuh),”

“Ia juga akan memberi kesedaran tentang kesihatan usus sebagai asas kepada kesejahteraan tubuh melalui pengambilan probiotik secara harian.

“Impak jangka panjang program ini adalah untuk membantu warga emas kekal aktif, berdikari dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi,”katanya.

Peserta berpeluang mendengar penerangan daripada pakar kesihatan untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang gaya hidup sihat.

Jelas beliau, melihat kepada impak positif daripada Pawe, pihak Yakult berhasrat untuk mengadakan program itu secara berterusan termasuk memperkukuh kerjasama melalui perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi memudahkan komuniti mendapatkan produk probiotik Yakult secara konsisten.

Mengulas mengenai program tersebut,  Mad Amin Yusof, 68, yang juga pesara kerajaan dari Pawe Tampin berkata, program Yakult amat membantu kumpulan warga emas meningkatkan pengetahuan bagi memperoleh tahap kesihatan yang baik.

“Yakult adalah minuman berkultur probiotik yang dapat membantu pembuangan dan meningkatkan  selera makan saya,” katanya yang mengamalkan minum Yakult secara konsisten sejak usia 60 tahun.

Peserta lain, Jaslina Jamaludin, 62, dari Pawe Ampangan pula berkata, pelbagai maklumat yang dikongsikan oleh Yakult sangat berguna untuk membolehkan warga emas kekal sihat dengan amalan pengambilan pemakanan yang baik.

“Saya amat tertarik dengan aktiviti senaman Ba Duan Jin kerana sebelum ini saya hanya melakukan brisk walk, lepas ini boleh cuba amalkan setiap hari.

“Saya suka minum Yakult kerana ia senang didapati di pelbagai kedai dan rangkaian pasar raya, selain itu ia dapat meluangkan masa saya minum Yakult bersama anak dan cucu kerana mereka juga suka minum Yakult,” katanya.

Selain itu, kilang Yakult turut dibuka kepada orang awam untuk mengadakan lawatan kilang secara percuma setiap hari Isnin hingga Jumaat. Sekiranya berminat boleh membuat tempahan di laman sesawang www.yakult.com.my -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN