fbpx
PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone (dua dari kanan) menenangkan David Hancko (dua dari kiri) selepas tamat aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Emirates, London. -AFP

UCL: Kami tewas bermaruah – Simeone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone menganggap pasukannya tewas bermaruah meskipun impian untuk melangkah ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun tidak kesampaian selepas disingkirkan Arsenal, awal pagi semalam.

Sebagai rekod, skuad Los Rojiblancos tewas 1-2 secara agregat kepada Arsenal selepas tuan rumah memanfaatkan kelebihan beraksi Stadium Emirates, pada separuh akhir kedua untuk melakar kemenangan 1-0.

Kekalahan tipis Atletico Madrid kepada skuad The Gunners sekali gus memadamkan harapan mereka untuk beraksi di perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh sedekad.

Menurut Simeone, Arsenal selayaknya mara ke perlawanan akhir memandangkan skuad kendalian Mikel Arteta itu mempamerkan aksi yang lebih klinikal dan tajam, terutama dalam usaha memanfaatkan peluang pada babak pertama perlawanan.

“Jika kami tersingkir, itu kerana lawan layak mara. Mereka lebih tajam dan memanfaatkan peluang dengan baik.

“Namun, saya tidak merungut kerana pasukan sudah berikan yang terbaik. Kami sebenarnya berpeluang menang pada separuh akhir pertama minggu lalu, tetapi mensia-siakan banyak peluang terhidang,” katanya

Mengulas lanjut, Simeone mengakui perbezaan utama antara kedua-dua pasukan adalah sumber kewangan yang dimiliki selepas The Gunners berbelanja besar untuk mendapatkan ramai pemain ternama sebelum ini.

“Arteta melakukan kerja yang luar biasa tetapi mereka juga memiliki sumber kewangan besar yang membantu mereka bersaing sehingga ke tahap sekarang,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN