fbpx
Pemandu mengundurkan kenderaannya untuk memecahkan pengapit sebelum memandu pergi.

Pemandu Mercedes lesap lepas cabut ‘clamp’ tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Polis Thailand memburu pemandu sebuah kereta Mercedes-Benz dipercayai dari Malaysia, yang merosakkan pengapit tayar (clamp) selepas meletakkan kenderaannya di kawasan larangan di Hatyai, wilayah Songkhla, sebelum melarikan diri tanpa membayar denda.

Penduduk tempatan melaporkan kejadian itu ke Balai Polis Hatyai selepas menyaksikan pemandu tersebut menanggalkan pengapit kereta dengan kuat sebelum meninggalkan tempat kejadian, lapor laman berita Thaiger.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) semalam di Jalan Prachathipat.

Pegawai polis trafik Pongchai Maneerat memeriksa kawasan itu dan mendapati pengapit kereta tersebut rosak, dengan tanda-tanda bahawa ia telah ditarik sehingga patah.

Pongchai berkata, dia telah meletakkan pengapit pada Mercedes-Benz hitam bernombor plat Malaysia, JVN 98, selepas ia diletakkan di zon larangan yang ditanda dengan cat merah dan putih di tepi jalan.

Seorang penduduk tempatan berkongsikan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang penunggang teksi motosikal menawarkan diri untuk membawa pemandu ke balai polis bagi menyelesaikan denda.

Lelaki itu bagaimanapun menolak, dengan menyatakan bahawa dia tergesa-gesa. 

Pemandu itu kemudian mengundurkan kenderaannya untuk memecahkan pengapit sebelum memandu pergi.

Rakaman menunjukkan bahawa pemandu itu dapat berkomunikasi dalam bahasa Thai, tetapi polis belum mengesahkan kewarganegaraannya.

Pegawai sedang menyemak rakaman CCTV tambahan untuk mengenal pasti dan mencari suspek. 

Polis juga sedang bekerjasama dengan Pejabat Imigresen Songkhla bagi menghalang kenderaan itu daripada meninggalkan negara. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN