fbpx
ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita warga emas yang maut dipercayai ditetak di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Ipoh malam tadi.

Warga emas maut ditetak: Suspek pernah dirawat di Hospital Bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan wanita warga emas di Taman Desa Aman, Ipoh mempunyai sejarah menerima rawatan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian suspek yang berusia 52 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

Pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian turut menjumpai beberapa tin minuman keras.

“Sampel darah suspek dihantar untuk dianalisis,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Peluncuran Modul Trend Terkini Jenayah Komersial di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun suspek dan mangsa tinggal berhampiran, kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan rapat dan tidak mengenali antara satu sama lain kerana rumah terletak di lorong berbeza dengan jarak 50 meter.

Katanya, suspek akan direman sehingga 9 Mei ini bagi membantu siasatan. Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan.

Dalam kes berasingan, polis mengesahkan siasatan kes anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang didakwa menerima ‘duit kopi’ seperti yang tular baru-baru ini telah selesai dan dirujuk ke Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk Kontinjen Perak, siasatan kes ini telah selesai dan kita telah majukan (serahkan) ke Bukit Aman untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, antara aspek yang diteliti termasuk pematuhan prosedur operasi standard dan pelaksanaan tugasan Unit MPV di lapangan.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang anggota polis dipercayai menerima wang daripada seorang lelaki di tepi jalan, sekali gus mencetuskan dakwaan salah laku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN