fbpx
PEARLY kini berada dalam fasa pemulihan kecederaan dan berharap mampu segera pulih untuk turun bersaing di Kejohanan Badminton Malaysia Masters.

Pearly intai kemunculan di Malaysia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu wanita utama negara, Pearly Tan semakin hampir membuat kemunculan semula apabila dijangka kembali beraksi pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 dari 19 hingga 24 Mei ini, selepas berehat hampir sebulan akibat kecederaan belakang.

Pearly yang bergandingan dengan M. Thinaah kini berada pada fasa pemulihan akhir dan menunjukkan perkembangan memberangsangkan menjelang kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 500 itu yang berlangsung Unifi Arena, Bukit Jalil.

Menurutnya, tempoh rehat dan rawatan intensif di Akademi Badminton Malaysia (ABM) banyak membantu proses pemulihan sehingga hampir mencapai tahap terbaik.

“Saya rasa sebab tiga minggu ni saya ada kat sini, dapat rawatan yang bagus dapat fokus dengan kecederaan saya. Jadi saya dapat pulih dengan sangat bagus.

“Memang tiada kesakitan lagi semuanya sudah baik, jadi tengah fikir satu per satu untuk menaikkan prestasi,” kata Pearly selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Sebelum ini, Pearly terpaksa menarik diri daripada skuad Piala Uber 2026 di Horsens, Denmark susulan kecederaan belakang yang kembali berulang ketika beraksi di Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China pada April lalu.

Insiden itu turut mencetuskan kebimbangan kerana kecederaan sama pernah dialaminya beberapa tahun lalu sehingga hampir menjejaskan kerjayanya di pentas antarabangsa.

“Ya, kecederaan ini melibatkan bahagian belakang iaitu koyakan otot dan kira-kira tiga tahun lalu saya pernah mengalami kecederaan yang sangat serius, jadi kali ini saya lebih berhati-hati dalam mengendalikannya,” tambahnya.

Dalam masa sama, Pearly turut menyambut baik perkembangan pasangan muda negara yang semakin menyerlah, sekali gus mewujudkan persaingan sihat dalam kem beregu wanita.

“Seperti yang saya katakan, saya sangat gembira apabila ada pasangan lain untuk bersaing kerana bukan mudah mencari gandingan yang benar-benar berkualiti. Situasi ini mewujudkan persekitaran yang sihat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN