Identiti sebuah sekolah menengah harian biasa berubah wajah bagaikan ‘sekolah sukan’ hasil keaktifan luar biasa pelajarnya dalam pelbagai lapangan sukan. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman di Pasir Puteh, Kelantan kini muncul antara sekolah yang semakin dikenali apabila berjaya melahirkan barisan atlet berbakat melalui peranannya sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah Program Pembangunan Sukan Negara (PPSN). Lebih membanggakan, daripada kira-kira 1,100 pelajar, sebahagian besar merupakan remaja yang cenderung dan aktif dalam dunia sukan, sekali gus membentuk identiti unik sekolah……














