fbpx
Khaizalullinudin menunjukkan antara gambar terakhir anaknya di Astana Alam, Puncak Alam, Kuala Selangor. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

DNA itu sah milik Khairil Izani – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Penantian keluarga Khairil Izani Khaizalullinudin,10, yang ditemukan lemas akibat terjatuh longkang di Puncak Alam di sini, minggu lalu berakhir apabila keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) disahkan milik kanak-kanak itu hari ini.

Bapa mangsa, Khaizalullinudin Noordin, 45, berkata, dia menerima pengesahan itu selepas dihubungi pihak Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, dia sekeluarga reda dengan meskipun sebelum ini yakin mayat berkenaan sememangnya anak sulung daripada tiga beradik berkenaan.

“Selepas seminggu tidak tidur lena, kami kini lega apabila mengetahui keputusan ujian DNA itu sepadan dengan saya dan isteri.

“Yang penting adalah dapat mengebumikan arwah dengan sempurna mengikut syariat Islam,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Astana Alam di sini, hari ini.

Allahyarham Khairil Izani hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang ketika dipercayai bermain bola ketika hujan lebat, kira-kira pukul 3 petang, 28 April lalu.

Mayat kanak-kanak lelaki yang berpakaian lengkap itu kemudian ditemukan bomba di tebing sungai Sungai Buloh, Ijok, kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis lalu, 10 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Kata Khaizalullinudin, jenazah akan dimandikan di Hospital UiTM sebelum disolatkan di Masjid Puncak Alam dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam selepas solat Asar petang ini.

Tambah pemandu lori itu, dia turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk bomba, polis dan penduduk Puncak Alam yang bertungkus lumus membantu serta prihatin akan nasib menimpa keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN