ALOR GAJAH – Lebih 50 keluarga di beberapa buah kampung di Durian Tunggal di sini, hidup dalam ketakutan selepas kediaman mereka menjadi sasaran kumpulan samun bersenjata sejak enam bulan lalu. Difahamkan, sekurang-kurangnya lima keluarga menjadi mangsa sejak Oktober tahun lalu dengan kerugian mencecah RM800,000 membabitkan kehilangan barang kemas, wang tunai serta barangan berharga lain. Kejadian terbaru dilaporkan berlaku pada 12 April lalu, sekali gus menambah kebimbangan penduduk yang kebanyakan rumah mereka hanya terletak pada jarak kurang 20 meter dari Lebuh……














