fbpx
Amirudin ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF

Selangor audit semula longkang berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Audit keselamatan longkang berisiko di negeri akan dilakukan susulan dua kes kanak-kanak lemas di sekitar negeri ini baru-baru ini, yang mencetuskan kebimbangan awam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semakan itu melibatkan penilaian semula keadaan termasuk keadaan fizikal longkang serta faktor persekitaran di lokasi insiden.

Beliau berkata, siasatan turut mengambil kira keadaan sebenar insiden sama ada mangsa berada dalam situasi bermain atau terjatuh secara tidak sengaja.

“Kita akan siasat balik, isunya longkang itu dan juga keadaannya. Tapi bukan itu saja sebab kejadian pertama melibatkan anak itu bermain di tempat tersebut atau ada ramai terlibat. Kebetulan anak itu mendapat nasib malang pada waktu yang sama. Jadi, keadaan keselamatan longkang, ya.

“Kejadian Kedua, saya tengah tengok detailnya. Adakah dia bermain di situ ataupun dia terjatuh ketika mengambil bola dan sebagainya. Itu perlu pertingkatkan masalah keselamatan di kawasan-kawasan berisiko,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

Amirudin bagaimanapun menegaskan aspek keselamatan tidak boleh diletakkan di bahu pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama ibu bapa dan masyarakat.

Ketika ditanya sama ada terdapat garis masa semua longkang berisiko dilengkapkan ciri keselamatan, Amirudin memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan mengenainya.

Ujarnya, ini kerana sebahagiannya longkang berkenaan itu dibawah kuasa PBT.

“Tetapi kalau sungai dan sebagainya, itu memang terlalu panjang kalau kita ingin uruskan. Jadi, kita kena ada buffer dan ada kawasan-kawasan tertentu untuk elakkan daripada isu ini berulang,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak lemas dalam kejadian selang empat hari bermula 28 April lalu.

Dalam kejadian pertama, mayat kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, ditemui di tebing Sungai Buloh, Ijok kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hanyut.

Sementara itu, mayat kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd. Qayyum, 9, ditemui di Sungai Langat kira-kira 11 kilometer dari lokasi dia terjatuh dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN