PETALING JAYA – Seorang rakan rapat pelajar kolej wanita berusia 19 tahun yang maut ditikam menyifatkan arwah seorang yang baik serta tempat dia berkongsi masalah.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, individu yang dikenali sebagai Misscandy berkata, dia amat terkesan dengan pemergian rakan baiknya iaitu Nurfisya Zulkifly.
“Kami rapat sangat, sakitkan bila kita hilang orang yang paling kita sayang, orang yang ada dengan kita sentiass susah dan senang.
“Dulu setiap masalah kita kongsi, sekarang aku kena belajar hadap benda ini sorang. Terima kasih sebab pernah jadi rumah paling tenang untuk aku tumpang, rehatlah semua memori kau aku simpan kemas dalam hati.
“Kalau rindu ini boleh jadi jambatan, dah lama aku pergi jumpa kau. Tapi aku tahu kau dah bahagia di tempat yang tiada air mata,”kata wanita itu.
Mengulas lanjut, wanita itu berkata, dia mendoakan agar roh Nurfisya tenang di alam kubur.
“Nanti giliran aku sampai, jangan lupa tunggu aku di pintu syurga. Sahabat kau bukan sekadar kawan, kau keluarga yang aku pilih sendiri.
“Pemergian kau ajar aku tak semua kita sayang akan kekal di sisi,”luah wanita itu.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Nurfisya dipercayai dibunuh sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh Jumaat lalu.
Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati terdapat sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa.
Mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘Syaa’, seutas rantai tangan pada pergelangan tangan kiri dan sebentuk cincin di jari tengah.
Ekoran kejadian itu, polis telah menahan empat individu termasuk dua warga emas bagi membantu siasatan melibatkan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 66 tahun dan seorang wanita berusia 60 tahun.
Keempat-empat suspek itu ditahan di dua serbuan berasingan di Taman Murni, Jalan Abdul Kadir Adabi Kota Bharu dan Kampung Belukar Luas, Ketereh. – KOSMO! ONLINE
@amalinakeriau07 hai assalammualaikum , saya kawan baik arwah . kami rapat sangat , sakit kan bila kita hilang orang yang paling kita sayang , orang yang ada dengan kita sentiasa susah dan senang , dulu setiap masalah kita kongsi , sekarang aku kena belajar hadap benda ni sorang ” , terima kasih sebab pernah jadi rumah paling tenang untuk aku tumpang , rehatlah , semua memori dengan kau aku simpan kemas ” dalam hati . kalau rindu ni boleh jadi jambatan , dah lama aku pergi jumpa kau , tapi aku tahu kau dah bahagia di tempat yang tak ada air mata , aku doakan kau tenang disana , nanti giliran aku sampai , jangan lupa tunggu aku dekat pintu syurga 🤍 sahabat kau bukan sekadar kawan , kau keluarga yang aku pilih sendiri , pemergian kau ajar aku tak semua yang kita sayang akan kekal di sisi . alfatihah semoga roh kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman . Ya allah , ampunilah dia , rahmatilah dia , muliakanlah kematiannya , lapangkanlah kuburnya , dia sahabat terbaik yang pernah kau kirimkan untukku , Pertemukanlah kami semula di Jannatul Firdaus . Alfatihah 🤲🏻🤍 #fypage #fypシ゚ #fisya #sahabat #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – misscandy 🍬














