fbpx
Keadaan rumah dilanda ribut di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di Pontian, petang ini. Foto IHSAN PENDUDUK

[VIDEO] 28 rumah rosak, ribut landa Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan teruk apabila kediaman mereka dilanda ribut di Jalan Rezab 1, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, ribut disusuli dengan hujan menyebabkan 300 mangsa terjejas dengan kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Iqbal Raduan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4 petang berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sebaik sahaja Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba, terdapat kejadian ribut melibatkan 28 rumah.

“Semua mangsa berjaya menyelamat diri keluar dari rumah dan tiada kemalangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Katanya, operasi diketuai oleh Komamder Operasi PBK 1, Md. Bakhtiar Chik dibantu dengan sembilan anggota dan sebuah Fire Rescue Tender (FRT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN