JAKARTA – Seorang wanita di Bone, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkahwin buat kali ke-15, lapor laman berita Tribunnews.
Fina Marfina, 46, mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berusia 22 tahun.
Ketika ditemu bual, Fina berkata, ada perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian, namun ada juga bekas suaminya yang meninggal dunia.
“Ya, betul. Ini perkahwinan saya yang ke-15.
“Ada yang berpisah (suami), ada yang meninggal dunia,” katanya.
Sepanjang semua perkahwinannya, Fina mempunyai seorang anak bersama suami ketiganya yang kini berusia 12 tahun.
“Tiada rahsia khusus,” katanya ketika disoal tentang rahsianya berkahwin selama 15 kali.
Sementara itu, Fina berkata, dia dan suami baharunya berkahwin selepas berkenalan di tempat kerja.
“Kenal di tempat kerja dahulu. Dia seorang lelaki bujang,” katanya yang menerima mas kahwin sebanyak 4 juta rupiah (RM916). – AGENSI














