PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Cuaca buruk itu turut dijangka berlaku di Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan seluruh Johor.
“Di Sarawak, hujan lebat melibatkan Kuching, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi).
“Di Sabah, kawasan terlibat di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” lapor MetMalaysia.
MetMalaysia berkata, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.– KOSMO! ONLINE














