fbpx
Gambar hiasan.

Dua lelaki dicekup bantu siasat kes gadis ditikam 61 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Dua lelaki dicekup bagi membantu siasatan berhubung kes seorang gadis yang dibunuh dengan 61 tikaman dari muka hingga ke kaki sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang berusia 19 tahun itu ditahan di sekitar Ketereh malam ini.

Dua lelaki itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman esok.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, yang dipercayai dibunuh sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam semalam dipercayai mati akibat ditikam sebanyak 61 kali.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati, ada sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan.

Menurutnya, mangsa juga memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘Syaa’, seutas rantai tangan pada pergelangan tangan kiri dan sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN