fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan jentera bomba tiba dikatakan mahu membantu mangsa kononnya tersepit dalam sebuah kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

[VIDEO] ‘Panik sangat sampai panggil bomba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan bomba dari sebuah balai bomba di Pulau Pinang dikatakan ‘tertipu’ apabila mendapat panggilan kononnya terdapat kejadian kemalangan di Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan mangsanya tersepit.

Menerusi video tular di media sosial, rupa-rupanya kejadian itu sebenarnya melibatkan pintu kereta tersepit dengan pemandu tersebut mendakwa tidak boleh keluar daripada kenderaan berkenaan sedangkan dia boleh keluar di pintu bahagian lain.

“Call (telefon) bomba kata ada kemalangan jalan raya di KM15 Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lepas tu kami terima dikatakan mangsa tersepit. Kami datang ning nong ning nong (bunya siren) dengan jem (sesak) jalan.
“Dah sampai rupa-rupanya dia tersepit pintu tak boleh buka. Dia tak boleh keluar tersepit, tapi dia boleh keluar pintu ni, tapi tak moh (nak) keluar,” menurut individu dalam video tersebut berkenaan.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kereta berhenti di tepi jalan dengan bahagian kirinya rapat ke pembahagi jalan di jambatan berkenaan.

Video berkenaan mengundang kecaman orang ramai selain ada yang mencadangkan pemandu kereta tersebut dikenakan tindakan.

“Bomba tak boleh saman dia ke? Sebab membazir harta negara,” komen seorang pengguna Thread.

“Kalau ada jadi bomba kan, aku cakap je, ‘nampaknya kita kena potong kereta awak baru boleh awak keluar’,” komen seorang individu.

“Macam-macam, panik sangat ke macam mana?,” kata seorang lagi pengguna Thread. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN