fbpx
Lima transporter termasuk seorang wanita warga Myanmar dibawa ke Mahkamah Sesyen, Klang. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Tiga transporter didakwa seludup 18 warga Myanmar di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tiga transporter termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyeludup 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah unit apartmen di Puchong dekat sini, awal bulan ini.

Tertuduh, Hasnul Nazudi Che Ahamed, 45, Mohd. Faisal Taib, 37, dan Ma Nge, 28, yang merupakan warga Myanmar hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berikutan kes penyeludupan migran di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan pertuduhan terhadap dua lagi transporter warga Myanmar, Soe Min Oo, 28, dan Soe Naing, 43, selepas mereka didapati tidak memahami pertuduhan dalam Bahasa Melayu dan lantikan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama seorang lagi masih bebas telah menyeludup 18 orang migran Myanmar di sebuah apartmen di Pusat Bandar Puchong pada pukul pukul 12.15 tengah hari, 5 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kesemua tertuduh kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Kelima-lima tertuduh itu tidak diwakili peguam dengan sebutan semula kes ditetapkan 6 Mei ini.

Difahamkan, 18 migran Myanmar itu dibawa masuk secara laluan tidak sah melalui Kelantan dan seterusnya ke Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN