fbpx
Nancy (lima dari kiri) menyalurkan sumbangan bantuan YKN mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan kepada Hajiji di Kota Kinabalu,Sabah malam tadi.

YKN salur RM200,000 bantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyalurkan bantuan segera berjumlah RM200,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.

Sumbangan Bantuan Kasih Prihatin YKN itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, Datuk Seri Nancy Shukri melalui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Undangan Negeri Sabah, malam tadi.

Menurut Nancy, bantuan yang disalurkan mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan mangsa terus terbela.

“Dalam situasi sukar seperti ini, keutamaan kita adalah memastikan mangsa mendapat bantuan segera dan sokongan berterusan.

“YKN akan terus memainkan peranan sebagai penghubung kepada sumbangan orang ramai agar setiap bantuan dapat disampaikan dengan cepat dan berkesan kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nancy turut turun padang meninjau keadaan serta menyantuni mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rumah Warga Tua Sri Harapan, Batu 5, Sandakan.

Selain bantuan kewangan, YKN turut menyalurkan keperluan asas termasuk beg makanan, beg peralatan kanak-kanak serta set kelengkapan bayi bagi meringankan beban keluarga terjejas.

Bantuan itu merupakan hasil sumbangan dan derma orang ramai kepada YKN yang disalurkan khusus kepada golongan memerlukan termasuk mangsa bencana.

Turut hadir Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rosmahwati Ishak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN