fbpx
KL Metropolis, sebuah pembangunan bercampur seluas 75 ekar di pusat bandar Kuala Lumpur.

AEON perkukuh kehadiran dengan AEON Mall KL Midtown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – AEON CO. (M) BHD. (AEON) bakal membuka pusat beli belah ke-28 di negara ini, iaitu AEON Mall KL Midtown pada suku tahun keempat 2026.

Ia merupakan sebahagian daripada KL Metropolis, sebuah pembangunan bercampur seluas 75 ekar di pusat bandar Kuala Lumpur.

AEON Mall KL Midtown mempunyai Ruang Boleh Disewa Bersih (NLA) berkeluasan kira-kira 367,000 kaki persegi dan terletak bersebelahan menara pejabat, komponen kediaman serta hotel Hyatt Regency Kuala Lumpur.

Terletak secara strategik berhampiran kawasan Mont’Kiara, Hartamas dan Dutamas yang telah matang, AEON Mall KL Midtown dijangka memenuhi keperluan demografi yang mampan.

Menurut Pengarah Urusan AEON, Tsugutoshi Seiko, projek berkenaan mencerminkan usaha berterusan AEON untuk memperkukuh pendekatan peruncitannya selaras dengan perubahan jangkaan pasaran dan trend pembangunan semasa.

“Pengguna hari ini semakin cenderung memilih destinasi yang membolehkan mereka meluangkan masa berkualiti sama ada melalui makanan, bersosial atau rekreasi.

“Selain memenuhi keperluan peruncitan, kami juga berhasrat untuk menyumbang secara positif kepada komuniti sekitar dengan mewujudkan ruang yang menyokong kemudahan harian serta menggalakkan interaksi.

“Sebagai pusat beli-belah pertama kami dalam pembangunan berskala sebegini, ia merupakan satu langkah penting dalam usaha kami untuk terus memperhalusi bagaimana pusat beli-belah kami mencipta nilai kepada pelanggan, rakan niaga dan komuniti di sekeliling,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kemas kini terkini boleh didapati di Instagram AEON Mall KL Midtown. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN