fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat hampir semua negeri hingga 9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Kelantan (Gua Musang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan),” lapor MetMalaysia.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Selangor (Klang), Negeri Sembilan (Jempol) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian),” kata kenyataan itu, hari ini.

Sementara itu di Sarawak, hujan lebat melibatkan kawasan Kuching, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Putatan).

Dalam masa sama, seluruh Labuan juga akan terkesan dengan ribut petir dan hujan lebat bagi tempoh tersebut.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN