fbpx
Tertuduh (belakang) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Lelaki tak mengaku cuba bunuh bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang jurujual bahan binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh bekas teman wanitanya dan seorang lelaki dalam kejadian di Juru minggu lalu.

Tertuduh, Vincent Lim Jia Leong, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Roshayati Radellah.

Mengikut pertuduhan, Vincent didakwa melanggar wanita dan lelaki berusia 41 dan 44 tahun menggunakan kereta jenis BMW yang mana perbuatan itu mungkin boleh menyebabkan kematian di tepi jalan lorong perusahaan Maju 8, Autocity pukul 9.45 malam, 15 April lalu.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa cedera di kaki dan siku. Timbalan Pendakwaraya Siti Nur Amalina Harun mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 308 Kanun Keseksaan. Tertuduh diwakili peguam Parmjit Singh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa dan saksi pendakwaan. Kes akan disebut semula pada 4 Jun ini. Motif kejadian dipercayai kerana cemburu kerana wanita tersebut mempunyai kekasih baharu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN