fbpx
Poster penafian iklan jawatan kosong yang dimuat naik di laman Facebook JPJ.

JPJ beri amaran iklan jawatan kosong palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberi amaran kepada orang ramai berhubung penyebaran iklan palsu jawatan kosong yang menggunakan kod imbasan QR bagi tujuan permohonan.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima aduan berkaitan iklan berkenaan yang didapati tidak sah serta boleh mengelirukan orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang promosi atau tawaran kerja yang disebarkan melalui iklan atau akaun tidak sah,” katanya.

Tambahnya, orang ramai digalakkan untuk merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan maklumat sebelum membuat sebarang tindakan.

JPJ turut menegaskan bahawa langkah berhati-hati perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian akibat penipuan tersebut.

Dalam masa sama, sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN