fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Dan1eyel di laman Threads.

Krim sikit, roti matcha strawberi jadi bahan jenaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman membeli roti perisa matcha strawberi yang didakwa mempunyai krim terlalu sedikit sehingga mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran di Threads oleh @Dan1eyel, dia memuat naik gambar roti krim matcha strawberi yang dibelah, namun hanya kelihatan sedikit inti berwarna hijau pada bahagian tepi.

“Flavor makhluk halus ke apa?” tulisnya secara berseloroh pada kapsyen hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

Seorang lagi pengguna, @Afiqvhnoryong berkata, dia juga pernah berdepan situasi serupa apabila membeli produk sama.

“Rasa macam sikit sangat inti,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna lain, @Amryy.l mencadangkan agar aduan dibuat secara rasmi kepada syarikat pengeluar.

“Pergi laman web dan buat aduan, nanti ada hadiah atau roti dihantar percuma,” katanya.

Dalam pada itu, @Annenurshukery turut berkongsi pengalaman pernah membuat aduan kepada syarikat makanan dan menerima pampasan.

“Kalau betul, boleh e-mel kepada syarikat. Biasanya mereka beri baucar atau hadiah sebagai tanda penghargaan. Saya pernah dapat baucar RM50,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN