fbpx
Mohd. Fakri memberi makan dedak kepada itik peliharaannya di Kampung Sering, Kota Bharu kelmarin.

Itik ‘merajuk’ enggan bertelur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pen­ter­nak itik telur di Kampung Se­ring di sini tidak menyangka cuaca panas yang melanda se­jak bulan lalu menyebabkan pengeluaran telur haiwan ter­sebut berkurangan sehingga 40 peratus.

Sebanyak 900 ekor itik jenis Khaki Campbell yang diternak oleh Mohd. Fakri Mazlan, 43, sebelum ini mampu bertelur sebanyak 450 biji sehari dan kini menurun kepada 250 biji.

Mohd. Fakri berkata, kea­daan cuaca yang panas menyebabkan itik ternakannya kurang selera makan sekali gus menjejaskan penghasilan telur.

Menurutnya, ada juga itik peliharaan berusia lebih lima tahun yang tiada selera makan akibat cuaca panas mati kerana kekurangan nutrisi.

“Meskipun bekalan maka­nan dan air cukup, itik pas­tinya tak lalu makan semasa cuaca panas sekali gus merencatkan proses haiwan itu untuk bertelur.

“Pengeluaran telur berku­ra­ngan sehingga 200 biji sehari bermula bulan lalu. Jika cuaca panas berterusan, tidak mustahil telur akan berkurangan dan lebih banyak haiwan akan mati selepas ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Sering di sini kelmarin.

Mohd. Fakri memberitahu, dia tidak pernah melepas semua itik peliharaannya di kawasan tali air walaupun cuaca panas kerana bimbang haiwan itu akan terkejut apabila dikurung semula di kawasan berpagar.

Katanya, itik jenis Khaki Camp­bell sepatutnya tahan la­sak dan tidak cerewet dalam as­pek penjagaan, namun akan kurang bertelur sekiranya ter­dedah cuaca panas.

“Bagi menjamin pengeluaran telur yang berkualiti, saya tidak akan lepas itik-itik itu di luar kerana bimbang ia memakan sisa-sisa buangan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN