fbpx
BAYERN membawa semangat kejayaan menjulang trofi Bundesliga untuk memburu slot final UCL menentang PSG awal pagi esok. - AFP

UCL: Bayern nekad buru gelaran trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Penyerang sensasi Bayern Munich, Harry Kane optimis mentaliti juara yang dimiliki pasukan menjadi kunci utama kejayaan pada musim ini menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi esok.

Selepas menamatkan penantian trofi dengan menjuarai trofi Bundesliga dua musim berturut-turut, Kane kini mengalihkan fokus untuk menghadiahkan trofi paling berprestij Eropah buat skuad The Bavaria itu.

Menurut Kane, rekod peribadi walaupun semakin cemerlang selepas meledak 53 gol dalam 45 perlawanan musim ini bukanlah sesuatu yang wajar dibanggakan sebaliknya apa yang paling penting adalah prestasi konsisten pasukan.

Kane berkata, tumpuan selepas ini adalah untuk memburu trofi UCL dan Piala Jerman dalam usaha melengkapkan gelaran trebel bersejarah pada musim ini.

“Sekarang misi pasukan adalah untuk menang trofi UCL dan juga Piala Jerman. Itu adalah keutamaan utama.

“Namun, PSG adalah juara bertahan dan pasukan yang sangat kuat di atas padang. Saya percaya perlawanan ini akan ditentukan oleh detik kualiti daripada individu dalam pasukan itu sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, penyerang antarabangsa England itu mengakui Bayern berdepan cabaran besar apabila ketua jurulatih, Vincent Kompany digantung satu perlawanan dan bakal diganti dengan penolong, Aaron Danks di tepi padang nanti.

“Sudah tentu kami akan merindui arahannya di tepi padang, tetapi semua pemain tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Kompany sudah ada strategi tersendiri untuk meletakkan kesebelasan terbaik walaupun pasukan mengharungi jadual padat pada penghujung musim ini.

“Saya rasa pemain sudah biasa dengan jadual padat kerana situasi sama terpaksa dihadapi ketika bertemu Real Madrid di peringkat suku akhir sebelum ini.

“Pasukan akan tetap berikan yang terbaik dan melakukan persiapan rapi nanti,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN