SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal dengan pendirian tidak menerima semula mana-mana ahli yang dipecat sebelum ini atas kesalahan disiplin.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya masih kekal dengan keputusan tersebut memandangkan Lembaga Disiplin parti mendapati mereka melakukan pelanggaran serius sehingga memaksa tindakan tegas diambil.
“Kalau hendak banding dengan UMNO, lain cerita. Setakat hari ini, kita kekalkan keputusan itu,” katanya ketika ditanya sama ada Bersatu akan memberikan pengampunan dan menerima kembali ahli parti yang dipecat, beberapa bulan lalu.
Menurut Muhyiddin, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang rayuan rasmi daripada mana-mana individu terlibat untuk kembali menyertai parti. – KOSMO! ONLINE














