fbpx
Jaarsveld (kiri) ditanduk seekod badak sumbu yang diselamatkannya. - Getty Images

Aktivis haiwan maut ditanduk badak sumbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAPE TOWN – Seorang aktivis anti pemburuan haram di Afrika Selatan maut akibat ditanduk seekor badak sumbu seberat 1,300 kilogram yang dijaganya selepas menyelamatkan haiwan liar tersebut, lapor akhbar The Sun UK.

Schoeman van Jaarsveld, 58, sedang meronda pada waktu pagi bersama pasukannya apabila salah seekor badak sumbu bertanduk dua itu muncul dari tempat perlindungan lalu menusuknya.

Mereka ketika itu menjejaki seekor badak sumbu hitam melalui peranti GPS yang diikat pada buku lali haiwan tersebut untuk memeriksa keadaannya.

Kejadian berlaku di Rizab Samara Karoo sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), Khamis lalu.

Sejurus perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian, Jaarsveld telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.

“Mereka bersemuka (dengan badak sumbu), dan Jaarsveld mengalami luka parah di dalam badan.

“Tiada tembakan dilepaskan. Badak sumbu itu tidak cedera. Jaarsveld seorang lelaki yang sangat baik,” kata renjer hutan, Arno Potgeiter.

Jaarsveld mengendalikan firma keselamatan persendirian bersenjatanya sendiri yang melindungi badak sumbu liar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN